Monday, August 27, 2012

Malasnya nak bekerja

Tengok tajuk pun dah tau, biasalah bila dah lama sangat cuti, mood nk datang keje pun dah tak kemana..tambah2 lagi bila dah rasa sakit hati dan tak ingin bekerja di situ lagi..

Untuk pengetahuan, penulis dah jemu dengan janji majikan yang kononnya ingin menawarkan pekerjaan tetap kepada penulis..tapi alangkah terkejutnya hati bila penulis diberitahu hanya akan disambung kontrak sehingga hujung tahun ini…

Ini yang membuatkan penulis memang dah tekad hati untuk meninggalkan syarikat ini dengan kadar segera dan sekarang ini masih dalam proses untuk mencari pekerjaan yang lebih baik..

Harap-harap penulis akan dapat tawaran temuduga..persiapan dari segi mental dan fizikal pun sudah dilakukan untuk menghadapi ujian temuduga sekiranya ada..’Resume’ pun telah dihantar ke beberapa agensi untuk diteliti dan masih menunggu respons dari mereka..

Doakan yang terbaik untuk penulis…

Peace out!!!

No comments:

Post a Comment